BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

Perjalanan sepanjang semester tentang kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana saya dapat mengetahui mesin terjemahan lain seperti citcat.com,paralink2u selain daripada google translate. Selain itu, saya juga dapat menterjemah bahasa sumber kepada bahasa sasaran seperti terjemahan teks dalam puisi, cerita dan kata-kata hikmah(quotes). Kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa cekap dan bijak dalam membahagi masa terutamanya ketika menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh klien. Masa yang diberi adalah terhad dan dari situlah menunjukkan bahawa sejauh mana kecekapan kita dalam menyiapkan sesuatu kerja terjemahan itu. Di samping itu, kursus ini juga melibatkan kerjasama dengan rakan sekumpulan dalam menyiapkan tugasan. Perkara ini dapat memberi manfaat kerana dapat saling bertukar pendapat dan membetulkan kesilapan tugasan. 

Comments

Popular posts from this blog

BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Ulasan Buku Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi)

BBN3402Satu2019:MINGGU12 ( Penanda Wacana- Eh!!! Media Sosial)

BBN3402Satu2019: MINGGU 12 (Model penerimaan Teknologi)