minggu 7 surat (farhana)
Assalamualaikum adik kakak yang cantik
Syuhadah. Lama dah akak tak balik rumah jumpa adik kesayangan akak dan mak
ayah. Akak tengah sibuk siapkan kerja dekat Univerisiti Putra Malaysia ni.
Balik rumah akak bawa coklet banyak-banyak untuk adik. Akak nak kongsi cerita
sedikit ni dengan adik. Adik baca sampai habis tau. Tak baca nanti akak tak
bagi coklet dengan adik. Ada seekor mentadak mentadu ni dia suka tolong
kawan-kawan dia dekat hutan. Kawan-kawan dia terdiri daripada seekor kerengga yang sangat rajin, siput babi yang
sangat lambat dalam apa-apa perkara dan seekor sesumpah yang suka mengutuk
rakannya yang lain. Yela nama pun sesumpah kan Syuhadah. Pada suatu hari,
mentadak ternampak siput babi yang sedang duduk sendirian di celah batu .
Mentadak pun menegur mengapa siput babi kelihatan sedih. Siput babi pun
meluahkan kesedihan dihatinya kerana ia mempersoalkan mengapa ditakdirkan ia
lambat dalam segala hal dan susah hendak menyelesaikan sesuatu perkara.
Sesumpah yang kebetulan lalu di kawasan itu pun mencelah dan mengejek siput
babi “Dah lambat lambatlah!” Mentadak mentadu pun memberitahu siput babi bak
kata pepatah mat saleh “ Think positively and stand bravely to reach your
destiny”. Setiap apa yang ditakdirkan pasti ada kelebihan sesuatu itu ujar mentadak
kepada siput babi. Jadi adik, jangan selalu berasa diri tu tak bagus daripada
orang lain kerana masing-masing ada kelebihan. Sama macam siput babi tu lah,
dia ada kelebihan sebab boleh melindungi diri dia daripada musuh dengan
menyorok dalam cengkerang. Kisah kerengga pula, ia sangat rajin berusaha.
Setiap hari kerenggan memang selalu mencari makanan untuk keluarganya. Kerana
baginya “Do your best today…for the best of tomorrow…” . Jadi adik, dengar
nasihat akak, buat yang terbaik untuk peperiksaan sekolah akan datang. Oklah
adik, kawan akak dah panggil ni. Akak nak pergi kelas. Jumpa cuti nanti! Adik
baca cerita akak, bagi coklet banyak-banyak.
Kakak yang comel,

(FARHANA BINTI ROSLAN)
Barisan pelakon
Hai
saya Mentadak mentadu. saya merupakan artis yang ternama tanah air hutan rimba
dan memegang watak utama.
Hai saya Siput Babi. Kernaku selow~ Sungguh
selow~ sangat selow~ (nyanyi ikut tune lagu “Selow”). Saya memegang watak
sampingan.
Hai
saya pula Kerengga yang rajin sangat tu. Saya memegang sebagai watak sampingan.
Hai saya Sesumpah. Saya sebagai pelakon
tambahan.
(farhana binti roslan : 193784)
Comments
Post a Comment